Selasa, 7 Januari 2014

19 TIPS PENJAGAAN VAGINA.

WANITA yang mengalami masalah pada alat sulitnya sering berasa gelisah, runsing dan rasa rendah diri. Ia akan menjejaskan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Mereka akan berasa kurang selesa untuk berada lama di tempat awam kerana bau dan kegatalan bahagian peribadinya menyebabkan mereka ingin menjauhkan diri. Sebagai langkah pencegahan, setiap wanita perlu menjaga kebersihan diri terutama bahagian peribadinya. Oleh kerana bahagian peribadi wanita selalu lembap disebabkan berpeluh, lalu bakteria juga mudah membiak dan ia boleh mendatangkan bau yang tidak dikehendaki.

Di sini terdapat beberapa tips dan panduan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan alat sulit wanita (vagina):

1. Cuci tangan sehingga bersih.

2. Cuci bahagian luar vagina dengan air bersih sudah memadai.

3. Gunakan waktu mandi dan membuang air untuk membersihkan vagina.

4. Gunakan air bersih untuk mencuci.

5. Gunakan sabun khusus jika perlu.

6. Gunakan seluar dalam yang sentiasa bersih.

7. Pakai seluar dalam yang selesa.

8. Pilih seluar dalam daripada kain kapas.

9. Gunakan pantyliner atau tuala wanita nipis bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan.

10. Potong atau cukur rambut pada bahagian vagina untuk mengelakkan perpeluhan berlebihan dan pembiakan bakteria.


11. Pastikan alat pencukur atau gunting itu bersih.

12. Elakkan mengguna seluar dalam orang lain.

13. Sebaik-baiknya gunakan air suam untuk pencucian.

14. Sewaktu haid, gunakan tuala wanita yang sesuai.

15. Ganti tuala wanita beberapa kali sehari.

16. Selepas membersihkan vagina, keringkan dahulu kemudian barulah pakai seluar dalam.

17. Menyembur ataupun memercikkan air ke dalam vagina (menggunakan alat/produk yang dijual atau botol khusus) untuk membersihkan bahagian dalam alat sulit wanita tidak digalakkan. Dapatkan dahulu nasihat daripada pihak yang arif (seperti ahli farmasi) tentang cara penggunaannya.

18. Anda boleh gunakan air sirih (rebus beberapa helai dauh sirih) untuk membersihkan vagina.

19. Elakkan mengguna produk haruman seperti bedak dan pewangi pada vagina. Ini kerana keseimbangan pH dalam vagina sangat sensitif.

Sebenarnya vagina wanita mempunyai mekanisme semulajadi untuk membersihkan diri. Maka pembersihan pada bahagian luar alat sulit sudah memadai. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti gatal, keputihan berlebihan, berbau, sakit atau bengkak pada alat sulit, pergilah berjumpa doktor. Jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan kesihatan, tahap reproduksi dan seksualiti wanita.

PENYEBAB KEPUTIHAN DAN CARA MENGATASINYA.

Penyebab keputihan wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda.

Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya macam kuih donut dan gula-gula getah.

Jadi, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang manis-manis lepas ini. Itupun jika anda serius untuk mencegah keputihan.

Selain itu, ada beberapa jenis buah-buahan yang menyumbang kepada keputihan. Iaitu nanas, sengkuang dan timun. Ini bukan bermakna anda tak boleh makan langsung. Cuma kurangkan kadar pengambilannya. Boleh, kan?

Ataupun satu lagi cara, anda makanlah nanas dan buah-buahan lain 30 minit sebelum makan nasi. Sama ada waktu tengahari mahupun malam. Itu saja.

Terdapat cara tambahan untuk mencegah keputihan wanita. Antaranya;

~ Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap.

~ Penggunaan tuala wanita dan panty liner boleh mengundang kehadiran kulat. Jadi, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan alat sulit memasing.

~ Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.

~ Kurangkan kekerapan pengambilan ubat antibiotik.

~ Jika boleh, hindari pengambilan pil perancang keluarga.

Namun begitu, andainya anda masih menghadapi masalah keputihan berpanjangan, sila dapatkan panduan lengkap menghilangkan keputihan dalam masa 24 jam sebelum ia bertambah PARAH.

PENYEBAB KEGATALAN VAGINA

Antara penyebab kegatalan vagina:
  • Sabun kuat yang wangi
  • Ubat-ubatan
  • Stres
  • Hormon (semasa period, kamu mungkin lebih terasa gatal)
  • Material baju yang merengsa
  • Peluh
  • Kelembapan
  • Penyakit atau jangkitan
*Sekiranya kegatalan tidak berhenti, kamu mesti berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Cara Elakkan Kegatalan Vagina
  • Kalau period, tukarlah pad secara kerap. 
  • Apabila kawasan vagina kering, kamu mengelakkan pembiakan bakteria yang tidak dikehendaki, peluh dan kelembapan. 
  • Pad yang basah, jika dibiarkan lama akan menyebabkan kemerahan dan pedih-pedih pada kulit. 
  • Kebanyakan pad dibungkus secara berasingan agar lebih mudah untuk kamu bawanya ke mana-mana. 
  • Bawa pad lebih ya kalau aliran haid banyak.
  • Gunakan sabun lembut tidak berbau dan pembersih keintiman wanita bila membersihkan kawasan vagina.
  • Elakkan daripada menggaru. Luka kecil kerana menggaru akan menyebabkan jangkitan kulit.
  • Pilih seluar dalam diperbuat daripada bahan yang sejuk dan sepadan dengan saiz kamu. Elakkan bahan yang merengsa kulit kamu ya!
Mencabut atau mencukur bulu pubik juga mungkin merengsa kulit vulva.

HILANGKAN SELESEMA

Selesema membuatkan kita rasa tidak selesa. Jika anda menghidapi selesama, cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk mengatasi merawat selesema.

1) Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.

2) Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.

3) Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.

4) Jika selesema akibat cuaca hujan atau panas terik, basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali.

MASALAH SEMBELIT KETIKA KEHAMILAN

PUNCA
  • Hormon yang melembutkan otot-otot usus menyebabkannya kurang cekap bekerja.
  • Pengambilan serat yang sangat sedikit dalam pemakanan.
  • Rahim yang semakin membesar menekan usus besar.
LANGKAH PENCEGAHAN
  • Tambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti dengan memakan salad, buah-buahan, roti dan beras ceruh iaitu beras yang ditumbuk bersih hingga putih.
  • Meminum banyak air, yakni antara enam hingga lapan gelas sehari.
  • Jangan tergesa-gesa ketika membuang air kecil atau besar dan elakkan daripada meneran.
PENAWAR
  • Makanlah sedikit buah-buahan sebelum tidur seperti kismis.
  • Letakkan kaki di atas baldi yang diterbalikkan dan renggangkan kaki ketika membuang najis. Kedudukan ini dapat mengelakkan daripada meneran yang boleh menyebabkan buasir.
  • Jika usaha ini gagal, ada baiknya segera menemui doktor.

GALAKKAN SUSU BADAN LANCAR

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi merangsang pengaliran susu sebelum memerah atau menyusukan bayi. Salah satu ialah melakukan urutan.

Tuam

Sebelum urutan, tuam payu dara terlebih dahulu menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Tuam beberapa minit.

Tekan

Pegang hujung puting menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas perlahan-lahan.

Gerakkan

Sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari. Jari-jari lain pula tempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan jari telunjuk ke atas, bawah, kanan dan kiri. Jangan ubah kedudukan ibu jari. Ulang lima hingga enam kali

Teruskan gerakan

Terus membuat gerakan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melakukan gerakan ini. Lakukkan antara lima hingga enam kali bagi setiap payu dara. Jika ada benjolan keras di bahagian payu dara, elak daripada menyentuh bahagian berkenaan.

Putar

Gerakkan jari-jari anda dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulang langkah ini tiga atau empat kali di kedua-dua belah payu dara.

MENGHILANGKAN BAU BADAN (KETIAK)

1) Bunga Cengkih- Ambik secekak bunga cengkih yang dah matang, pastu korang rendam dengan air panas sampai kembang macam korang makan Meggi tu, lepas dah kembang tu jangan terus sapu masa air tengah menggelegak tu, kang tak pasal-pasal menggelupur tak henggat satu rumah kang. Tunggu air tu suam dulu, baru sapu kat area yang bermasalah tu. Amalkan selalu insyaallah berkesan.

2) Halia- Jangan ingat halia nie boleh masuk dalam kari je. Dalam kari orang letak halia ke? Ahhh...ghasak!kehkehkeh. Cara nak guna halia untuk hilangkan bau badan korang, ambik sechoet a.k.a sehiris halia, lepas tu tumbuk beliau sampai lumat macam sambal belacan tu. Taruk air suam dalam gelas & masukkan halia yamg korang hentak-hentak sampai lumat tadi kat dalam gelas tu. Pastu minum. Kalau rasa macam nak kelainan, boleh mix dengan air teh. Ikut selera anak tekak memasing laa ya.

3) Limau Nipis- Ambik air perahan limau nipis dalam dua bijik camtu. Pastu korang campur dengan kapur sirih yang opah-opah selalu mamam dengan buah pinang tu. hah, jangan ambik kapur barus plak, kang ada yang kena baling dengan batang mop kang, kapur barus tu orang nak mandi mayat ye murid-murid sekalian. Lepas dah gaul semua benda alah tu, sapu kat ketiak sampai sebati dan biar selama 15 minit or lebih. Lepas tu bilas dengan air. buat seminggu 3 kali, insyaallah mujarab. Kompom ketiak akan sesuci lebaran lepas bilas.